top of page

Pusat Kecemerlangan Automotif

Selamat datang ke Kolej Titan Skill – Kolej TVET automotif di Selangor. Kami komited untuk melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi, inovatif, dan berdaya saing di peringkat global dalam bidang teknologi automotif.

Mengenai Kami

Kolej Titan Skill ditubuhkan pada tahun 2024 dengan matlamat menyediakan pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti tinggi kepada belia Malaysia, terutamanya dalam bidang automotif. Kolej ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia.
Kami menawarkan program automotif yang relevan dengan industri, disokong oleh tenaga pengajar berkelayakan dan kemudahan moden yang dilengkapi peralatan terkini.

Program Kursus
Ditawarkan

G452-002-2:2018 – Perkhidmatan Pembaikan - Kenderaan Ringan - MT

Program ini menyediakan pelajar dengan kemahiran asas untuk pembaikan kenderaan ringan. Pelajar akan belajar mengenal pasti, memeriksa, dan membaiki masalah mekanikal biasa untuk memastikan kenderaan beroperasi dengan selamat.
Lebih Lanjut
Sijil Pentauliahan TAHAP 2_page-0001.jpg

G452-002-3:2018 – Servis Diagnostik - Kenderaan Ringan - MT

Memberi tumpuan kepada teknologi automotif moden, kursus ini melatih pelajar dalam teknik diagnostik kenderaan lanjutan. Pelajar akan belajar menggunakan alat diagnostik untuk menyelesaikan masalah sistem elektronik dan mekanikal, khususnya merangkumi roda, stereng, dan suspensi.
Sijil Pentauliahan TAHAP 3_page-0001.jpg

G452-002-3:2018 – Servis Diagnostik - Kenderaan Ringan - ST

Memberi tumpuan kepada teknologi automotif moden, kursus ini melatih pelajar dalam teknik diagnostik kenderaan lanjutan yang diperlukan untuk menjadi juruteknik diagnostik profesional. Pelajar akan belajar menggunakan alat diagnostik elektronik terkini (seperti scan tool, oscilloscope, dan multimeter digital) untuk menyelesaikan masalah kompleks pada sistem elektronik dan mekanikal kenderaan ringan.
Sijil Pentauliahan ST_page-0001.jpg

Visi dan Misi

Visi

Menjadi institusi pendidikan terkemuka dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), yang menghasilkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, inovatif, dan mampu bersaing di peringkat global.

Misi

  1. Menyediakan pendidikan dan latihan teknikal berkualiti tinggi yang relevan dengan keperluan industri dan perkembangan teknologi terkini.
  2. Membangunkan potensi pelajar melalui pengajaran berkesan, pembelajaran praktikal, dan bimbingan profesional.
  3. Melahirkan graduan yang kompeten, berkemahiran tinggi, dan berdaya saing.
  4. Menjalin kerjasama dengan industri bagi memastikan program latihan selaras dengan kehendak pasaran pekerjaan.
  5. Menjadi pusat kecemerlangan dalam penyelidikan dan pembangunan TVET.

Objektif

Menjadikan kolej sebagai institusi TVET yang unggul dan berwibawa di peringkat nasional dan global melalui penyediaan pendidikan dan latihan berkualiti tinggi, pembangunan pelajar yang kompeten serta beretika, pemerkasaan penyelidikan dan inovasi, serta kerjasama strategik bersama industri.
Gear Shift Knob

Hubungi Kami

Jom Berhubung

  • Whatsapp
bottom of page